Cintailah Arab dan pengekalan mereka dalam Islam serta integriti mereka

TEKS BAHASA ARAB

أحبوا العرب وبقاءهم في الإسلام وصلاحهم، فإن صلاحهم نور في الإسلام، وفسادهم ظلمة في الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cintailah Arab dan pengekalan mereka dalam Islam serta integriti mereka. Sesungguhnya integriti mereka ialah cahaya bagi Islam dan kerosakan mereka ialah kegelapan bagi Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis nombor 9073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أحبوا العرب وبقاءهم في الإسلام وصلاحهم، فإن صلاحهم نور في الإسلام، وفسادهم ظلمة في الإسلام)). [أبو نعيم في ((اخبار اسبهان))، أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، ((الضعيفة)) (1836)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Cintailah Arab dan pengekalan mereka dalam Islam serta integriti mereka. Sesungguhnya integriti mereka ialah cahaya bagi Islam dan kerosakan mereka ialah kegelapan bagi Islam." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, dan Abu Syeikh dalam Tobaqat al-Asbahaniyyin. Lihat Silsilah al-Da’ ifah, no. 1836]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs