Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُحِبُّوا العَرَبَ وَبَقَاءَهُمْ فِي الإِسْلَامِ وَصلاحَهُمْ، فَإِنَّ صَلَاحَهُمْ نُورُ فِي الإِسْلَامِ، وَفَسَادَهُمْ ظُلْمَةٌ فِي الإِسْلَامِ.
Teks Bahasa Melayu
Cintailah Arab dan pengekalan mereka dalam Islam serta integriti mereka. Sesungguhnya integriti mereka ialah cahaya bagi Islam dan kerosakan mereka ialah kegelapan bagi Islam.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis no. 9073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أحبوا العرب وبقاءهم في الإسلام وصلاحهم، فإن صلاحهم نور في الإسلام، وفسادهم ظلمة في الإسلام)). [أبو نعيم في ((اخبار اسبهان))، أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، ((الضعيفة)) (1836)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Cintailah Arab dan pengekalan mereka dalam Islam serta integriti mereka. Sesungguhnya integriti mereka ialah cahaya bagi Islam dan kerosakan mereka ialah kegelapan bagi Islam." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, dan Abu Syeikh dalam Tobaqat al-Asbahaniyyin. Lihat Silsilah al-Da’ ifah, no. 1836]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman