TEKS BAHASA ARAB
أحبوا العرب وبقاءهم، فإن بقاءهم نور في الإسلام، وإن فناءهم ظلمة في الإسلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cintailah Arab dan kekalnya mereka (dalam pemerintahan). Sesungguhnya kekalnya mereka merupakan cahaya untuk Islam. Kehilangan mereka merupakan kegelapan untuk Islam.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis nombor 8979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن نبيط مرفوعاً: «أحبوا العرب وبقاءهم، فإن بقاءهم نور في الإسلام، وإن فناءهم ظلمة في الإسلام). [أبو نعيم في النسخة أحمد بن إسحاق بن إبراهيم بن شريط»، الضعيفة» (578)].
(Lemah) Daripada Nabit RA, Nabi SAW bersabda: "Cintailah Arab dan kekalnya mereka (dalam pemerintahan). Sesungguhnya kekalnya mereka merupakan cahaya untuk Islam. Kehilangan mereka merupakan kegelapan untuk Islam." [Riwayat Abu Nu’aim dalam naskhah Ahmad bin Ishak bin Ibrahim bin Syarit. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 578]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.