TEKS BAHASA ARAB
حديث: أول حب في الإسلام حب النبي صلى الله عليه وسلم لعائشة
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Cinta pertama di dalam Islam ialah cinta Nabi SAW kepada Aisyah RA.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن أنس مرفوعا وفي إسناده: كذابان.
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), pada sanadnya terdapat dua perawi pendusta.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.