Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Cinta pertama di dalam Islam ialah cinta Nabi SAW kepada Aisyah

Teks Bahasa Arab

حديث: أول حب في الإسلام حب النبي صلى الله عليه وسلم لعائشة

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Cinta pertama di dalam Islam ialah cinta Nabi SAW kepada Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن أنس مرفوعا وفي إسناده: كذابان.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), pada sanadnya terdapat dua perawi pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.