TEKS BAHASA ARAB
حب قريش إيمان، وبغضهم كفر، وحب العرب إيمان، وبغضهم كفر، ومن أحب العرب فقد أحبني، ومن أبغض العرب فقد أبغضني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cinta kepada Quraisy tanda keimanan. Membenci mereka tanda kekufuran. Sesiapa yang mencintai Arab bererti mereka mencintai aku. Sesiapa yang membenci Arab bererti mereka membenci aku.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis nombor 9029. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: حب قريش إيمان، وبغضهم كفر، ومَن أحب العرب فقد أحبني، ومن أبغض العرب فقد أبغضني. [عق، طس، (الضعيفة) (1190)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda: "Cinta kepada Quraisy tanda keimanan. Membenci mereka tanda kekufuran. Sesiapa yang mencintai Arab bererti mereka mencintai aku. Sesiapa yang membenci Arab bererti mereka membenci aku." [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1190]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.