Batil

30/06/2024

minit bacaan



Cinta kepada Ali menghilangkan dosa sepertimana api membakar kayu

Teks Bahasa Arab

حُبُّ عَلِيٍّ يأكلُ الذنوبَ كما تأكلُ النارُ الحطبَ.

Teks Bahasa Melayu

Cinta kepada Ali menghilangkan dosa sepertimana api membakar kayu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis no. 9028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: حبّ علي يأكل الذنوب كما تأكل النّار الحطب. [ابن عساكر، خط، (الضعيفة) (1206)]

(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda: "Cinta kepada Ali menghilangkan dosa sepertimana api membakar kayu." [Riwayat Ibn ‘Asakir dan al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1206]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.