Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حُبُّ أبي بَكْرٍ وعمرَ إيمانٌ، وبغضُهُما نفاقٌ.
Teks Bahasa Melayu
Cinta kepada Abu Bakar dan Umar adalah keimanan dan membenci mereka berdua adalah kemunafikan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1907, hadis no. 9579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: حب أبي بكر وعمر إيمان، وبغضهما نفاق.
[عد، ((الضعيفة)) (5889)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Cinta kepada Abu Bakar dan Umar adalah keimanan dan membenci mereka berdua adalah kemunafikan. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5889]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman