Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Cinta dunia merupakan kepala kepada setiap dosa

Teks Bahasa Arab

حبُّ الدُّنيا رأسُ كلِّ خطيئةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Cinta dunia merupakan kepala kepada setiap dosa.

Sahabat Perawi

  1. Al-Hasan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 595, hadis no. 3066.

(موضوع) عن الحسن – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌حب ‌الدنيا رأس كل خطيئة)). [هب، عبد الله بن أحمد في ((الزهد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1226)].

(Palsu) Daripada al-Hasan RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Cinta dunia merupakan kepala kepada setiap dosa. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abdullah bin Ahmad dalam az-Zuhd, dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1226]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.