حُبُّ الدُّنْيَا رَأْسُ كُلِّ خَطِيْئَةٍ
Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Cinta dunia adalah pokok segala kesalahan”
…
DARJAT HADIS
Hadis ini bertaraf maudhu’ (palsu).
KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI
-Sheikh Ali Qari di dalam kitabnya Al-Asrar Al-Marf’uah, m/s 163.
-Imam Al-Fattani di dalam kitabnya Tazkiratu Al-Maudhu’at, m/s 173.
-Imam Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu Al-Khafa’, m/s 1099.
KETERANGAN ULAMA HADIS:
-Imam Ad-Daraquthni menyatakan hadis ini mursal dhaif.
-Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi menyatakan hadis ini mursal.
-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini palsu.
SUMBER
100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki