Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حبُّ أبِي بكرٍ وعمرَ مِنَ الإيمانِ، وبغضُهما مِنَ الكفْرِ، وحبُّ العَرَبِ مِنَ الإيمانِ، وبغضُهم مِنَ الكُفْرِ، ومَنْ سَبَّ أصحابِي فعلَيْهِ لعنَةُ اللهِ، ومَنْ حفِظَنِي فيهم فلا لَعَنَهُ اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Cinta akan Abu Bakr dan 'Umar ialah satu keimanan, membenci mereka berdua adalah satu kekufuran, cinta akan Arab adalah satu keimanan, membenci mereka adalah satu kekufuran. Sesiapa yang mencela para sahabatku, laknat Allah ke atasnya. Sesiapa yang menjagaku dengan mencintai mereka, maka tiada laknat Allah ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis no. 9233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((حب أبي بكر وعمر من الإيمان، وبغضهما من الكفر، وحب العرب من الإيمان، وبغضهم من الكفر، ومن سب أصحابي فعليه لعنة الله، ومن حفظني فيهم فلا لعنه الله)). [فر، ((الضعيفة)) (3478)].
(Sangat Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cinta akan Abu Bakr dan 'Umar ialah satu keimanan, membenci mereka berdua adalah satu kekufuran, cinta akan Arab adalah satu keimanan, membenci mereka adalah satu kekufuran. Sesiapa yang mencela para sahabatku, laknat Allah ke atasnya. Sesiapa yang menjagaku dengan mencintai mereka, maka tiada laknat Allah ke atasnya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3478]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman