Cinta akan Abu Bakr dan 'Umar adalah satu keimanan

TEKS BAHASA ARAB

حب أبي بكر وعمر من الإيمان، وبغضهما من الكفر، وحب العرب من الإيمان، وبغضهم من الكفر، ومن سب أصحابي فعليه لعنة الله، ومن حفظني فيهم فلا لعنه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cinta akan Abu Bakr dan ‘Umar adalah satu keimanan, membenci mereka berdua adalah satu kekufuran, cinta akan Arab adalah satu keimanan, membenci mereka adalah satu kekufuran. Sesiapa yang mencela para sahabatku, laknat Allah ke atasnya. Sesiapa yang menjagaku dengan mencintai mereka, maka tiada laknat Allah ke atasnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis nombor 9233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((حب أبي بكر وعمر من الإيمان، وبغضهما من الكفر، وحب العرب من الإيمان، وبغضهم من الكفر، ومن سب أصحابي فعليه لعنة الله، ومن حفظني فيهم فلا لعنه الله)). [فر، ((الضعيفة)) (3478)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cinta akan Abu Bakr dan ‘Umar adalah satu keimanan, membenci mereka berdua adalah satu kekufuran, cinta akan Arab adalah satu keimanan, membenci mereka adalah satu kekufuran. Sesiapa yang mencela para sahabatku, laknat Allah ke atasnya. Sesiapa yang menjagaku dengan mencintai mereka, maka tiada laknat Allah ke atasnya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3478]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs