Ceraikan dia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن رجلا قال يا رسول الله إن امرأتي لا ترد يد لامس قال طلقها قال إني أحبها قال فاستمتع بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku tidak menolak tangan orang yang menyentuhnya. Nabi menjawab: Ceraikan dia. Lalu lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku amat mencintainya. Nabi menjawab: Berseronoklah dengannya.

STATUS

Sanadnya bagus

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إِنَّ رَجُلا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ امْرَأَتِي لَا تَرُدُّ يَدَ لامِسٍ قَالَ طَلِّقْهَا قَالَ إِنِّي أُحِبُّهَا قَالَ فَاسْتَمْتِعْ بِهَا» لَا أصل لَهُ وَإِن صَحَّ حمل على التَّفْرِيط فِي المَال لَا على الْفُجُور قلت الحَدِيث جيد الْإِسْنَاد.

“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku tidak menolak tangan orang yang menyentuhnya. Nabi menjawab: Ceraikan dia. Lalu lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku amat mencintainya. Nabi menjawab: Berseronoklah dengannya.”
Hadith ini tiada asalnya. Kalaupun sahih, ia membawa makna cuai pada harta bukannya dosa. Saya katakan: Sanad hadith ini jayyid (bagus).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.