Cerahkan waktu fajar (dengan tunaikan solat Subuh ketika langit sedikit cerah)

TEKS BAHASA ARAB

نوروا بالفجر؛ فإنه أعظم للأجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cerahkan waktu fajar (dengan tunaikan solat Subuh ketika langit sedikit cerah) kerana ia memberikan ganjaran pahala yang lebih besar.

STATUS

Lemah dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 300, hadis nombor 1587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن رافع بن خديج – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((نوروا بالفجر؛ فإنه أعظم للأجر)).
[القضاعي، ((الضعيفة)) (4694)]

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Rafi’ bin Khadij RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Cerahkan waktu fajar (dengan tunaikan solat Subuh ketika langit sedikit cerah) kerana ia memberikan ganjaran pahala yang lebih besar
[Riwayat al-Qudhai’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4694]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs