Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بادِرُوا أولادَكم بالكُنَى، لا تَغْلِبُ عليهِم الألقابُ.
Teks Bahasa Melayu
Cepat-cepatlah berikan kunyah (gelaran) buat anak-anak kalian, supaya mereka tidak dipanggil dengan gelaran-gelaran (buruk).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis no. 4737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: بادروا أولادكم بالكنى، لا تغلب عليهم الألقاب. [عد، فر، الضعيفة (1728)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cepat-cepatlah berikan kunyah (gelaran) buat anak-anak kalian, supaya mereka tidak dipanggil dengan gelaran-gelaran (buruk). [Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1728].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman