TEKS BAHASA ARAB
الكمأة من المن، والمن من الجنة، وماؤها شفاء للعين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Cendawan truffle itu sebahagian daripada al-Manna dan al-Manna itu daripada syurga, air minumnya itu penawar kepada mata.
STATUS
Munkar dengan tambahan lafaz al-Manna daripada syurga.
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis nombor 6000. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة (والمن من الجنة)) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((الكمأة من المن، والمن من الجنة، وماؤها شفاء للعين)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5918)]
(Munkar dengan tambahan lafaz al-Manna daripada syurga) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Cendawan truffle itu sebahagian daripada al-Manna dan al-Manna itu daripada syurga, air minumnya itu penawar kepada mata. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5918]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.