Cendawan trufel itu termasuk daripada al-Mann

TEKS BAHASA ARAB

الكمأة من المن، والمن من الجنة، وماؤها شفاء للعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cendawan trufel itu termasuk daripada al-Mann (embun manis). Al-Mann itu dari syurga. Airnya pula ialah penawar bagi mata.

STATUS

Munkar dengan penambahan "Al-Mann itu dari syurga"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 422, hadis nombor 2271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (والمن من الجنة)) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «الكمأة من المن، والمن من الجنة، وماؤها شفاء للعين». [أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة» (5918)].

(Munkar Dengan Penambahan "Al-Mann itu dari syurga") Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Cendawan trufel itu termasuk daripada al-Mann (embun manis). Al-Mann itu dari syurga. Airnya pula ialah penawar bagi mata". [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5918].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs