Cemburu yang disukai dan cemburu yang dibenci oleh Allah Azzawajalla

TEKS BAHASA ARAB

غيرتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله، ومخيلتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله: الغيرة في الريبة يحبها الله، والغيرة في غير ريبة يبغضها الله، والمخيلة إذا تصدق الرجل يحبها الله، والمخيلة في الكبر يبغضها الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pertama cemburu yang disukai oleh Allah Azzawajalla, dan yang kedua; cemburu yang dibenci oleh Allah. Dua jenis khayalan; Pertama khayalan yang disukai oleh Allah Azzawajalla, dan yang kedua; khayalan yang dibenci oleh Allah. Cemburu dengan kecurigaan disukai oleh Allah manakala cemburu tanpa rasa curiga dibenci oleh Allah. Dan khayalan sekiranya seorang lelaki suka bersedekah disukai oleh Allah manakala khayalan dalam kesombongan dibenci oleh Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 940, hadis nombor 4841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عقبة بن عامر الجهني – رضي الله عنه – مرفوعا: ((غيرتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله، ومخيلتان؛ إحداهما يحبها الله عز وجل، والأخرى يبغضها الله: الغيرة في الريبة يحبها الله، والغيرة في غير ريبة يبغضها الله، والمخيلة إذا تصدق الرجل يحبها الله، والمخيلة في الكبر يبغضها الله)).
[ك، ابن خزيمة، حم، ((الضعيفة)) (3962)].

(Lemah)
Daripada Uqbah bin A’mir al-Juhany RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ada dua jenis cemburu: Pertama cemburu yang disukai oleh Allah Azzawajalla, dan yang kedua; cemburu yang dibenci oleh Allah. Dua jenis khayalan; Pertama khayalan yang disukai oleh Allah Azzawajalla, dan yang kedua; khayalan yang dibenci oleh Allah. Cemburu dengan kecurigaan disukai oleh Allah manakala cemburu tanpa rasa curiga dibenci oleh Allah. Dan khayalan sekiranya seorang lelaki suka bersedekah disukai oleh Allah manakala khayalan dalam kesombongan dibenci oleh Allah”.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Khuzaimah, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3962].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs