Celakalah ulama jahat yang menjadikan ilmu sebagai perniagaan untung keuntungan diri sendiri

TEKS BAHASA ARAB

ويل لأمتي من علماء السوء، يتخذون هذا العلم تجارة يتبعونها من أمراء زمانهم ربحا لأنفسهم، لا أربح الله تجارتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celakalah bagi umatku dalam kalangan ulama yang jahat, mereka menjadikan ilmu ini sebagai perniagaan yang mereka boleh jualkan kepada pemerintah-pemerintah pada zaman mereka untuk keuntungan diri mereka sendiri, semoga Allah tidak memberikan keuntungan terhadap perniagaan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289, hadis nombor 6597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ويل لأمتي من علماء السوء، يتخذون هذا العلم تجارة يتبعونها من أمراء زمانهم ربحا لأنفسهم، لا أربح الله تجارتهم.
[فر، ((الضعيفة)) (5235)]

(Lemah)
Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Celakalah bagi umatku dalam kalangan ulama yang jahat, mereka menjadikan ilmu ini sebagai perniagaan yang mereka boleh jualkan kepada pemerintah-pemerintah pada zaman mereka untuk keuntungan diri mereka sendiri, semoga Allah tidak memberikan keuntungan terhadap perniagaan mereka.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5235]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs