Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ويلٌ لأمتي من علماءِ السوءِ، يتخذون هذا العلمَ تجارةً يتبعونها من أمراءِ زمانهم ربحًا لأنفسهم، لا أربح اللهُ تجارتَهم.
Teks Bahasa Melayu
Celakalah bagi umatku dalam kalangan ulama yang jahat, mereka menjadikan ilmu ini sebagai perniagaan yang mereka boleh jualkan kepada pemerintah-pemerintah pada zaman mereka untuk keuntungan diri mereka sendiri, semoga Allah tidak memberikan keuntungan terhadap perniagaan mereka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289, hadis no. 6597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ويل لأمتي من علماء السوء، يتخذون هذا العلم تجارة يتبعونها من أمراء زمانهم ربحا لأنفسهم، لا أربح الله تجارتهم. [فر، ((الضعيفة)) (5235)]
(Lemah) Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Celakalah bagi umatku dalam kalangan ulama yang jahat, mereka menjadikan ilmu ini sebagai perniagaan yang mereka boleh jualkan kepada pemerintah-pemerintah pada zaman mereka untuk keuntungan diri mereka sendiri, semoga Allah tidak memberikan keuntungan terhadap perniagaan mereka. [Riwayat al-Dailami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5235]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman