Celakalah terhadap orang kaya daripada orang fakir

TEKS BAHASA ARAB

ويل للمالك من المملوك، وويل للمملوك من المالك، وويل للغني من الفقير، وويل للفقير من الغني، وويل للشديد من الضعيف، وويل للضعيف من الشديد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celakalah terhadap mana-mana raja daripada yang dimiliki, celakalah terhadap mana-mana yang dimiliki (hamba) daripada raja, celakalah terhadap orang kaya daripada orang fakir, celakalah terhadap orang fakir daripada orang kaya, celakalah terhadap orang kuat daripada orang lemah dan celakalah terhadap orang lemah daripada orang kuat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1347, hadis nombor 6885. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: ويل للمالك من المملوك، وويل للمملوك من المالك، وويل للغني من الفقير، وويل للفقير من الغني، وويل للشديد من الضعيف، وويل للضعيف من الشديد.
[ع، الأردبيلي في ((الفوائد))، ابن بشران، حل، هب، أبو طاهر القرشي في ((حديث أبي عبد الله بن مروان الأنصاري))، ((الضعيفة)) (4757)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Celakalah terhadap mana-mana raja daripada yang dimiliki, celakalah terhadap mana-mana yang dimiliki (hamba) daripada raja, celakalah terhadap orang kaya daripada orang fakir, celakalah terhadap orang fakir daripada orang kaya, celakalah terhadap orang kuat daripada orang lemah dan celakalah terhadap orang lemah daripada orang kuat.
[Riwayat Abu Ya'la, al-Ardibiliy dalam al-Fawa'id, Ibn Bishran, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman dan Abu Tahir al-Qurashi dalam hadith Abi 'Abdillah bin Marwan al-Ansari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4757]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs