Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُفٍّ لِلْحَمَّامِ! حِجَابٌ لَا يَسْتُرُ، وَمَاءٌ لَا يُطَهِّرُ ... لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يَدْخُلَهُ إِلَّا بِمِنْدِيلٍ، مُرُوا الْمُسْلِمِينَ لَا يَفْتِنُونَ نِسَاءَهُمْ، الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ، عَلِّمُوهُنَّ وَمُرُوهُنَّ بِالتَّسْبِيحِ.
Teks Bahasa Melayu
Celakalah tempat mandi terbuka di mana aurat tidak ditutup dan airnya tidak bersih. Tidak dihalalkan seorang lelaki memasukinya kecuali dengan penutup kepala. Suruhlah kaum muslimin menahan isteri-isteri mereka (dari mengunjungi tempat itu) supaya isteri-isteri mereka tidak terfitnah. Lelaki ialah pemimpin kaum wanita. Ajarilah mereka dan suruhlah mereka bertasbih.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 968, hadis no. 4996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: قال رسول الله ﷺ: ((أف للحمام حجاب لا يستر وماء لا يطهر... لا يحل لرجل أن يدخل إلا بمنديل، مرو المسلمين لا يفتنون نساءهم، الرجال قوامون على النساء، علموهن ومروهن بالتسبيح)). [هب، ((الضعيفة)) 7038].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Celakalah tempat mandi terbuka di mana aurat tidak ditutup dan airnya tidak bersih. Tidak dihalalkan seorang lelaki memasukinya kecuali dengan penutup kepala. Suruhlah kaum muslimin menahan isteri-isteri mereka (dari mengunjungi tempat itu) supaya isteri-isteri mereka tidak terfitnah. Lelaki ialah pemimpin kaum wanita. Ajarilah mereka dan suruhlah mereka bertasbih. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7038].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman