TEKS BAHASA ARAB
ويل للمتألين من أمتي الذين يقولون: فلان في الجنة، وفلان في النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Celakalah orang-orang yang banyak bersumpah dalam kalangan umat, iaitu orang yang berkata: Si fulan dalam syurga dan si fulan dalam neraka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1282, hadis nombor 6569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن جعفر العبد ي مرفوعا: ويل للمتألين من أمتي الذين يقولون: فلان في الجنة، وفلان في النار.
[تخ، ابن بطة، ((الضعيفة)) (4758)]
(Lemah)
Daripada Ja’far al-‘Abdi secara marfu’: Celakalah orang-orang yang banyak bersumpah dalam kalangan umat, iaitu orang yang berkata: Si fulan dalam syurga dan si fulan dalam neraka.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh dan Ibn Battah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4758]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.