Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ويلٌ للعالمِ من الجاهلِ، وويلٌ للجاهلِ من العالمِ.
Teks Bahasa Melayu
Celakalah orang alim kerana orang jahil dan celakalah orang jahil kerana orang alim.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1282, hadis no. 6568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه رفعه: ويل للعالم من الجاهل، وويل للجاهل من العالم. [فر، ((الضعيفة)) (4756)]
(Lemah) Daripada Anas RA, beliau meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Celakalah orang alim kerana orang jahil dan celakalah orang jahil kerana orang alim. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4756]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman