Celakalah bagi pemimpin kerana jagaannya melainkan pemimpin yang mengawasi mereka dengan nasihat

TEKS BAHASA ARAB

ويل للوالي من الرعية؛ إلا واليا يحوطهم من ورائهم بالنصيحة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celakalah bagi pemimpin kerana jagaannya melainkan pemimpin yang mengawasi mereka dengan nasihat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1358 – 1359, hadis nombor 6929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: دخل عبيد الله بن زياد على عبد الله بن مغفل، قال: حدثني بشيء سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا تحدثني بشيء سمعته من غيره؛ وإن كان ثقة في نفسك، فقال: لولا أني سمعته غير مرة ما حدثتك، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ويل للوالي من الرعية؛ إلا والياً يحوطهم من ورائهم بالنصيحة.
[الروياني، ((الضعيفة)) (5236)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan telah berkata: ‘Ubaidillah bin Ziyad telah masuk menemui ‘Abdullah bin Mughaffal, beliau berkata: Beritahu kepadaku sesuatu yang kamu telah dengar daripada Rasulullah SAW dan jangan kamu beritahu kepadaku sesuatu yang aku telah dengar daripada orang lain sekiranya ada kepercayaan dalam diri kamu. Lalu beliau pun menyebut: Kalaulah tidak kerana aku telah mendengarnya beberapa kali, pasti aku tidak akan memberitahu kepada kamu. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Celakalah bagi pemimpin kerana jagaannya melainkan pemimpin yang mengawasi mereka dengan nasihat.
[Riwayat al-Ruyani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5236]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs