Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Celakalah bagi seorang pemilik itu daripada apa yang dimilikinya

Teks Bahasa Arab

ويلٌ للمالكِ من المملوكِ، وويلٌ للمملوكِ من المالكِ، وويلٌ للغني من الفقيرِ، وويلٌ للفقيرِ من الغنيِّ، وويلٌ للشديدِ من الضعيفِ، وويلٌ للضعيفِ من الشديدِ.

Teks Bahasa Melayu

Celakalah bagi seorang pemilik itu daripada apa yang dimilikinya (hamba), celakalah bagi yang dimiliki (hamba) itu daripada pemiliknya, celakalah bagi orang yang kaya daripada orang yang miskin, celakalah bagi orang yang miskin daripada orang yang kaya, celakalah bagi orang yang kuat daripada orang yang lemah dan celakalah bagi orang yang lemah daripada orang yang kuat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035, hadis no. 10244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه – مرفوعا: ويل للمالك من المملوك، وويل للمملوك من المالك، وويل للغني من الفقير، وويل للفقير من الغني، وويل للشديد من الضعيف، وويل للضعيف من الشديد. [ع، الأردبيلي في ((الفوائد))، ابن بشران، حل، أبو طاهر القرشي في ((حديث أبي عبد الله بن مروان الأنصاري))، هب، ((الضعيفة)) (4757)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu (disandarkan kepada Nabi SAW): Celakalah bagi seorang pemilik itu daripada apa yang dimilikinya (hamba), celakalah bagi yang dimiliki (hamba) itu daripada pemiliknya, celakalah bagi orang yang kaya daripada orang yang miskin, celakalah bagi orang yang miskin daripada orang yang kaya, celakalah bagi orang yang kuat daripada orang yang lemah dan celakalah bagi orang yang lemah daripada orang yang kuat. [Riwayat Abu Ya’la, al-Ardabili dalam al-Fawaid, Ibn Bishran, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, Abu Tahir al-Qurashi dalam Hadith Abu Abdillah bin Marwan al-Ansari dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4757]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.