Celakalah bagi mereka yang berbuat jahat

TEKS BAHASA ARAB

ويل لمن استطال على مسلم، فانتقص حقه، ويل له – ثلاثاً -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celakalah bagi mereka yang berbuat jahat ke atas seorang muslim, lalu dia mengurangkan haknya. Celakakah untuknya – sebanyak tiga kali -”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 92, hadis nombor 472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – رفعه: ويل لمن استطال على مسلم، فانتقص حقه، ويل له – ثلاثاً -.
[حل، فر، ((الضعيفة)) (4759)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA, beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): “Celakalah bagi mereka yang berbuat jahat ke atas seorang muslim, lalu dia mengurangkan haknya. Celakakah untuknya – sebanyak tiga kali -”.
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4759]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs