Celakalah bagi golongan-golongan yang menghukum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ويل للمتألين من أمتي الذين يقولون: فلان في الجنة، وفلان في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celakalah bagi golongan-golongan yang menghukum dalam kalangan umatku yang mengatakan: Si fulan ini di syurga dan si fulan ini di neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035 hadis nombor 10245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جعفر العبدي مرفوعا: ويل للمتألين من أمتي الذين يقولون: فلان في الجنة، وفلان في النار.
[تخ، ابن بطة، ((الضعيفة)) (4758)]

(Lemah)
Daripada Ja’far al-‘Abdi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Celakalah bagi golongan-golongan yang menghukum dalam kalangan umatku yang mengatakan: Si fulan ini di syurga dan si fulan ini di neraka.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan Ibn Battah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4758]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.