Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ويلٌ للمتألِّين من أمتي الذين يقولون: فلان في الجنةِ، وفلانٌ في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Celakalah bagi golongan-golongan yang menghukum dalam kalangan umatku yang mengatakan: Si fulan ini di syurga dan si fulan ini di neraka.
Sahabat Perawi
- Ja’far Al-‘Abdi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035, hadis no. 10245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جعفر العبدي مرفوعا: ويل للمتألين من أمتي الذين يقولون: فلان في الجنة، وفلان في النار. [تخ، ابن بطة، ((الضعيفة)) (4758)]
(Lemah) Daripada Ja’far al-‘Abdi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Celakalah bagi golongan-golongan yang menghukum dalam kalangan umatku yang mengatakan: Si fulan ini di syurga dan si fulan ini di neraka. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan Ibn Battah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4758]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman