Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَيْحَكَ لا يُسْتَشْفَعُ باللهِ على أَحَدٍ من خَلْقِهِ، شأنُ اللهِ أَعْظَمُ من ذلك، وَيْحَكَ تَدْرِي ما اللهُ -عَزَّ وجَلَّ-؟ إنَّ عَرْشَه على سماواتِهِ وأَرَضِيهِ هكذا -وقال بأَصَابِعِهِ مِثْلَ القُبَّةِ- وإنه لَيَئِطُّ به أَطِيطَ الرَّحْلِ بالراكِبِ.
Teks Bahasa Melayu
Celaka kamu! Tidak boleh menjadikan Allah sebagai perantara untuk sesiapa pun dalam kalangan makhluk-Nya. Kedudukan Allah lebih agung berbanding itu. Celakalah kamu! Kamu tidak tahu apakah Allah ‘Azza Wa Jalla? Sesungguhnya Arasy-Nya di atas langit-langit-Nya dan bumi-bumi-Nya sedemikian (baginda mengisyaratkan dengan jari-jari baginda seperti kubah) dan Arasy itu berbunyi kepada Allah seperti bunyi pelana tunggangan dengan penunggang.
Sahabat Perawi
- Jubair bin Mut'im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1450, hadis no. 7373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جبير بن مطعم -رضي الله عنه-، قال: جاء رسول الله صلى الله عليه وسلم أعرابي فقال: يا رسول الله! جهدت الأنفس وضاع العيال، وهلكت الأموال ونهكت الأنعام فاستسقي الله لنا فإنا نستشفع بك على الله -عز وجل- ونستشفع بالله عليك، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ويحك لا يستشفع بالله على أحد من خلقه، شأن الله أعظم من ذلك، ويحك تدري ما الله -عز وجل-؟ إن عرشه على سماواته وأرضيه هكذا -وقال بأصابعه مثل القبة- وإنه ليئط به أطيط الرحل بالراكب)). [د، ابن خزيمة في ((التوحيد))، طب، ((الضعيفة)) (2639)].
(Lemah) Daripada Jubair bin Muṭ‘im RA, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah didatangi oleh seorang Badwi, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah! Jiwa-jiwa telah berat, keluarga telah hilang, harta-harta telah binasa, haiwan ternakan telah hancur, maka mintalah hujan kepada Allah untuk kami kerana kami menjadikan kamu perantara untuk memohon kepada Allah dan kami menjadikan Allah perantara untukmu. Rasulullah SAW pun bersabda: “Celaka kamu! Tidak boleh menjadikan Allah sebagai perantara untuk sesiapa pun dalam kalangan makhluk-Nya. Kedudukan Allah lebih agung berbanding itu. Celakalah kamu! Kamu tidak tahu apakah Allah ‘Azza Wa Jalla itu? Sesungguhnya Arasy-Nya di atas langit-langit-Nya dan bumi-bumi-Nya sedemikian ini (baginda mengisyaratkan dengan jari-jari baginda seperti kubah) dan Arasy itu berbunyi kepada Allah seperti bunyi pelana tunggangan dengan penunggang”. [Riwayat Abū Daūd dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah dalam al-Tauḥīd, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2639]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman