Celaan adalah lebih baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

العار خير من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Celaan adalah lebih baik berbanding neraka.

STATUS

Diucapkan oleh al-Hasan bin Ali

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 117, hadis nombor 322. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قاله الحسن بن علي، حين أذعن لمعاوية.
أما قول بعض العامة: النار ولا العار، فهو من كلام الكفار.

Perkataan ini telah diucapkan oleh al-Hasan bin ‘Ali RA apabila setelah beliau tunduk patuh kepada Mu’awiyah.
Adapun ucapan sebahagian orang awam: Api neraka (yang sepatutnya dihadapi), bukan celaan.
Ia bersumberkan ucapan orang-orang kafir.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.