Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْعَارُ خَيْرٌ مِنَ النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Celaan adalah lebih baik berbanding neraka.
Sahabat Perawi
- AlHasan bin 'Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 58, hadis no. 224. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قاله الحسن بن علي - رضي الله عنهما - لما أذعن لمعاوية، فقال له أصحابه: يا عار المؤمنين. فقال: العار خير من النار.
ِAl-Hasan bin 'Ali RA telah mengatakan setelah beliau tunduk patuh kepada Mu'awiyah, pengikut-pengikut beliau berkata kepada al-Hasan: "Wahai orang yang mengaibkan orang-orang mukmin". Lalu al-Hasan berkata: "Keaiban itu lebih baik berbanding neraka".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman