Tiada Asal Baginya Atau Ia Dengan Asalnya Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: العار خير من النار.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Celaan adalah lebih baik berbanding neraka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tiada Asal Baginya Atau Ia Dengan Asalnya Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 117, hadis no. 322. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قاله الحسن بن علي، حين أذعن لمعاوية. أما قول بعض العامة: النار ولا العار، فهو من كلام الكفار.
Perkataan ini telah diucapkan oleh al-Hasan bin 'Ali RA apabila setelah beliau tunduk patuh kepada Mu'awiyah. Adapun ucapan sebahagian orang awam: Api neraka (yang sepatutnya dihadapi), bukan celaan. Ia bersumberkan ucapan orang-orang kafir.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman