Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَثْرِدُوا، ولو بالماءِ.
Teks Bahasa Melayu
Cecahlah (roti) dengan kuah sekalipun (hanya) dengan air.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis no. 2093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: «أثردوا، ولو بالماء». [ابن أبي حاتم في «العلل»، طس، هب، «الضعيفة» (1790)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Cecahlah (roti) dengan kuah sekalipun (hanya) dengan air". [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1790].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman