Nabi Harun a.s Pencipta Patung Berhala

Teks Bahasa Melayu : Diceritakan Nabi Harun a.s adalah orang yang cipta anak sapi bagi Bani Israel dan mengajak mereka bagi menyembahnya Status : Palsu Ulasan : Padahal al-Quran dengan jelas menyatakan bahawa Samiri yang mencipta anak sapi tersebut, sedangkan Nabi Harun a.s yang cuba memperingatkan mereka agar meninggalkan perbuatan syirik tersebut. Sumber : 40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur

Allah s.w.t bertemu Nabi Ibrahim a.s

Teks Bahasa Melayu : Kononnya Allah s.w.t serta dua malaikat datang kepada Nabi Ibrahim a.s dalam bentuk tiga lelaki untuk berbicara tentang urusan Sarah dan penghancuran Kaum Luth. Status : Palsu Ulasan : Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi menyatakan bahawa hadis ini palsu. Sumber : 40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur

Merasa sedikit garam sebelum makan

Teks Bahasa Melayu : Wahai Ali, hendaklah kamu makan garam, sesungguhnya ia adalah penawar kepada 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan (yang akan diubatinya) adalah kusta, sopak dan gila. Status : Palsu Ulasan : Hadis ini dilaporkan oleh Abdullah bin Ahmad bin Amir daripada ayahnya. Mereka berdua terkenal dalam melaporkan hadis batil daripada Ahl al-Bait. Rujukan : Al-Maudhuat oleh … Read More

Baring ketika azan

Teks Bahasa Melayu : Jangan baring ketika azan kerana ia memberatkan jenazahmu Jangan bercakap sewaktu azan nanti lidah kelu nak mengucap Status : Palsu Ulasan : Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi dan Dr Basem al-Jawabirah mengatakan bahawa ini adalah rekaan dan tidak sahih sama sekali. Sumber : 40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur

Kunyah 40 kali apabila makan

Teks Bahasa Melayu : Ada satu sunnah yang disandarkan kepada Nabi s.a.w iaitu mengunyah makanan sehingga 40 atau 44 kali. Status : Palsu Ulasan : Menurut Syeikh Abu Ihsan al-Utaiby, ini adalah dusta atas nama Nabi s.a.w. Antara adab makan menurut hadis yang sahih adalah membaca bismillah, makan dengan tangan kanan, makan apa yang dekat dengan kita, makan dengan menggunakan … Read More