Ini ialah orang yang aku beri wasiat padanya

TEKS BAHASA ARAB هذا وصيي وأخي والخليفة من بعدي فاسمعوا له وأطيعوا. TEKS BAHASA MALAYSIA Ini ialah orang yang aku beri wasiat padanya dan beliau ialah saudaraku, dan khalifah sesudahku, maka dengarlah perintahnya dan taatilah. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf …

Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya

TEKS BAHASA ARAB إن لله ديكا عنقه مطوية تحت العرش ورجلاه في التخوم. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya berteleku di bawah Arasy-Nya sedangkan kedua-dua kakinya bertenggek di batas. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ …

Sesiapa yang makan kacang pul berserta kulitnya

TEKS BAHASA ARAB من أكل فولة بقشرها أخرج الله منه من الداء مثلها. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang makan kacang pul berserta kulitnya maka Allah akan hindarkan daripadanya penyakit semisalnya. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman …

Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan jika kamu membacanya maka menangislah

TEKS BAHASA ARAB إن هذا القرآن نزل بحزن، فإذا قرأتموه، فابكوا، فإن لم تبكوا، فتباكوا. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan kesedihan, jika kamu membacanya maka menangislah. Sekiranya kamu tidak menangis, buat-buatlah (cubalah) menangis. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu …

Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar

TEKS BAHASA ARAB إن من أمتي من يأتي السوق، فيبتاع القميص بنصف دينار أو ثلث دينار، فيحمد الله إذا لبسه، فلا يبلغ ركبتيه حتى يغفر له. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar, kemudian dia memuji Allah ketika dia memakainya maka belum sempat sampai pakaian …