Iktikaf itu adalah di setiap masjid yang didirikan padanya solat

TEKS BAHASA ARAB الاعتكاف في كل مسجد تقام فيه الصلاة. TEKS BAHASA MALAYSIA Iktikaf itu adalah di setiap masjid yang didirikan padanya solat. STATUS Sangat lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 334, …

Pulanglah kalian bersamanya, kemudian mandikanlah dia, kafankanlah dia, dan sembahyangkanlah dia serta kebumikanlah dia

TEKS BAHASA ARAB ارجعوا به فاغسلوه وكفنوه، وصلوا عليه وادفنوه، والذي نفسي بيده! لقد كادت الملائكة تحول بيني وبينه. TEKS BAHASA MALAYSIA Pulanglah kalian bersamanya, kemudian mandikanlah dia, kafankanlah dia, dan sembahyangkanlah dia serta kebumikanlah dia. Demi zat yang jiwaku di tangan-Nya! Para malaikat hampir menghalang antara aku dengan dia. STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh …

Apabila seseorang kamu mahu tidur, dalam keadaan dia berniat untuk mendirikan solat pada waktu malam, hendaklah dia meletakkan segenggam tanah di sisinya

TEKS BAHASA ARAB إذا نام أحدكم، وفي نفسه أن يصلي من الليل؛ فليضع قبضة من تراب عنده، فإذا انتبه؛ فليقبض بيمينه، ثم ليحصب عن شماله. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila seseorang kamu mahu tidur, dalam keadaan dia berniat untuk mendirikan solat pada waktu malam, hendaklah dia meletakkan segenggam tanah di sisinya. Apabila dia terjaga, hendaklah dia genggam (tanah itu) dengan tangan …

Apabila seseorang itu tidur sebelum solat isyak, dua malaikat akan berdiri di sisinya

TEKS BAHASA ARAB إذا رقد المرء قبل ان يصلي العتمة؛ وقف عليه ملكان يوقظانه يقولان: الصلاة ثم يوليان عنه؛ ويقولان: رقد الخاسر وأبى. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila seseorang itu tidur sebelum solat isyak, dua malaikat akan berdiri di sisinya, mereka cuba menyedarkannya sambil berkata: "Solat". Kemudian kedua-dua mereka berpaling daripadanya seraya berkata: “Orang rugi telah tidur dan enggan.” STATUS Palsu …

Apabila seseorang kamu berkahwin dengan seorang wanita lalu tiba malam pertama, maka dirikanlah solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB إذا تزوج أحدكم امرأة فكان ليلة البناء؛ فليصل ركعتين وليأمرها فلتصل خلفه؛ فإن الله جاعل في البيت خيرا. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila seseorang kamu berkahwin dengan seorang wanita lalu tiba malam pertama, maka dirikanlah solat dua rakaat, dan perintahkanlah isteri agar dia menjadi makmum, kerana sesungguhnya Allah akan menjadikan kebaikan di dalam rumah itu. STATUS Munkar KOMENTAR …