Sesungguhnya kalian adalah umat yang dirahmati dan diampunkan

TEKS BAHASA ARAB إنكم أمة مرحومة معافاة، فاستقيموا، وخذوا طاقة الأمر. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya kalian adalah umat yang dirahmati dan diampunkan, maka beristiqamah dan lakukanlah amalan yang sesuai dengan kadar kemampuan. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth …

Allah merahmati orang-orang Himyar kerana mulut mereka sering mengucapkan salam

TEKS BAHASA ARAB رحم الله حميرا؛ أفواههم سلام، وأيديهم طعام، وهم أهل أمن وإيمان. TEKS BAHASA MALAYSIA Allah merahmati orang-orang Himyar kerana mulut mereka sering mengucapkan salam, tangan mereka sering memberikan makanan dan mereka merupakan orang-orang yang aman dan beriman. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan …

Semoga Allah merahmati seorang ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik

TEKS BAHASA ARAB رحم الله والدا أعان ولده على بره، قالوا: كيف يا رسول الله ؟ قال: يقبل إحسانه، ويتجاوز عن إساءته. TEKS BAHASA MALAYSIA Semoga Allah merahmati seorang ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik. Para sahabat bertanya: Bagaimanakah itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Iaitu dengan menerima kebaikannya dan memaafkan keburukannya. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut …

Tiga perkara yang mana jika kamu melakukannya maka Allah akan menghisab kamu dengan hisab yang ringan

TEKS BAHASA ARAB ثلاث من كن فيه حاسبه الله حسابا يسيرا، وأدخله الجنة برحمته: تعطي من حرمك، وتصل من قطعك، وتعفو عمن ظلمك. TEKS BAHASA MALAYSIA Tiga perkara yang mana jika kamu melakukannya maka Allah akan menghisab kamu dengan hisab yang ringan serta memasukkan kamu ke dalam syurga dengan rahmat-Nya: Kamu memberi kepada mereka yang menghalang pemberiannya kepadamu, kamu menyambung …

Sesungguhnya moyang aku Ibrahim AS mahu mendoakan keburukan ke atas ahli Iraq

TEKS BAHASA ARAB إن أبي إبراهيم – عليه السلام – هم أن يدعو عليهم – يعني: أهل العراق -، فأوحى الله تعالى إليه: لا تفعل؛ فإني جعلت خزائن علمي فيهم، وأسكنت الرحمة في قلوبهم. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya moyang aku Ibrahim AS mahu mendoakan keburukan ke atas ahli Iraq. Lalu Allah memberikan wahyu kepada Baginda: “Jangan lakukan, sesungguhnya Aku menjadikan …