Apa jua (bentuk permainan yang berunsur judi) yang melalaikan kamu dari mengingati Allah maka ia (umpama) judi

TEKS BAHASA ARAB ما ألهاك عن ذكر الله فهو ميسر. TEKS BAHASA MALAYSIA Apa jua (bentuk permainan yang berunsur judi) yang melalaikan kamu dari mengingati Allah maka ia (umpama) judi. STATUS Batil dan tiada asal padanya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul …

Lagu dan hiburan menumbuhkan kemunafikan di dalam hati seperti air menumbuhkan kayu

TEKS BAHASA ARAB الغناء واللهو ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء العشب، والذي نفسي بيده، إن القرآن والذكر لينبتان الإيمان في القلب، كما ينبت الماء العشب. TEKS BAHASA MALAYSIA Lagu dan hiburan menumbuhkan kemunafikan di dalam hati umpama air menumbuhkan rumput. Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya al-Quran dan zikir benar-benar akan menumbuhkan iman di dalam hati umpama …

Sebaik-baik permainan wanita ialah kata-kata romantik

TEKS BAHASA ARAB نعم لهو المراة المغزل. TEKS BAHASA MALAYSIA Sebaik-baik permainan wanita ialah kata-kata romantik. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis nombor 4729. Kitab ini adalah ringkasan kepada …

Apabila salah seorang daripada kalian mahu bersetubuh

TEKS BAHASA ARAB إذا جامع أحدكم؛ فلا ينظر إلى الفرج، فإنه يورث العمى، ولا يكثر الكلام؛ فإنه يورث الخرس. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila salah seorang daripada kalian mahu bersetubuh, maka janganlah dia melihat kemaluan kerana ianya akan mewariskan penyakit buta. Dan janganlah dia memperbanyakkan bicara kerana ianya mewariskan penyakit bisu. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh …

Antara tanda kesempurnaan iman seseorang hamba adalah dia berkata Insya Allah dalam setiap kata-katanya

TEKS BAHASA ARAB إن من تمام إيمان العبد أن يستثني في كل حديثه. يعني: أن يقول فيه: إن شاء الله. TEKS BAHASA MALAYSIA Antara tanda kesempurnaan iman seseorang hamba adalah dia berkata Insya Allah dalam setiap kata-katanya. STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul …