Dengan rahmat itu Engkau mengangkat darjat amalanku yang zahir

TEKS BAHASA ARAB اللهم إني أسألك رحمة من عندك تهدي بها قلبي، وتجمع بها أمري، وتلم بها شعثي، وتصلح بها غائبي، وترفع بها شاهدي، وتزكي بها عملي … الحديث بطوله. TEKS BAHASA MALAYSIA Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang dengannya Engkau berikan petunjuk kepada jiwaku, dengan rahmat itu Engkau menghimpunkan urusanku, dengan rahmat itu Engkau menyusun …

Sesungguhnya jiwa-jiwa kami dan ubun-ubun kami berada di tangan-Mu

TEKS BAHASA ARAB اللهم إن قلوبنا ونواصينا بيدك، لم تملكنا منها شيئا، فإذا فعلت ذلك بها، فكن أنت وليها، واهدها إلى سواء السبيل. TEKS BAHASA MALAYSIA Ya Allah! Sesungguhnya jiwa-jiwa kami dan ubun-ubun kami berada di tangan-Mu, Engkau tidak menjadikan kami mampu menguasainya sedikit pun. Apabila Engkau berkuasa sedemikian terhadapnya, maka Engkau jadilah pemimpinnya dan tunjukkanlah ia ke jalan yang …

Bukakanlah alat pendengaran jiwaku untuk mengingati-Mu

TEKS BAHASA ARAB اللهم افتح مسامع قلبي لذكرك، وارزقني طاعتك وطاعة رسولك، وعملا بكتابك. TEKS BAHASA MALAYSIA Ya Allah! Bukakanlah alat pendengaran jiwaku untuk mengingati-Mu, rezekikanlah aku untuk taat kepada-Mu dan kepada rasul-Mu serta beramal dengan Kitab-Mu. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan …

Ambillah peluang berdoa ketika jiwa merasa lemah lembut

TEKS BAHASA ARAB اغتنموا الدعاء عند الرقة؛ فإنها رحمة. TEKS BAHASA MALAYSIA Ambillah peluang berdoa ketika jiwa merasa lemah lembut, kerana ia merupakan rahmat. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1441, …

Apabila kalian mendengar tukang azan melaungkan azan

TEKS BAHASA ARAB إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila kalian mendengar tukang azan melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah! Bukakanlah ibu kunci hati kami untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah bagi kami nikmat dan kurniaan-Mu dan jadikanlah kami atas nikmat tersebut dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh. …