Carilah tempat untuk berdoa di padang pasir yang luas

TEKS BAHASA ARAB

تحروا الدعاء في الفيافي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Carilah tempat untuk berdoa di padang pasir yang luas.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis nombor 7400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد -رضي الله عنه- مرفوعا: ((تحروا الدعاء في الفيافي)). [حل، ((الضعيفة)) (3389)]

(Lemah)
Daripada Sahl bin Sa‘d RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Carilah tempat untuk berdoa di padang pasir yang luas.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3389]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs