TEKS BAHASA ARAB
اطلبوا الرزق في خبايا الأرض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Carilah rezeki pada perkara tersembunyi bawah bumi (tanaman).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601, hadis nombor 3110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((اطلبوا الرزق في خبايا الأرض)). [ع، طس، هب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2489)].
(Munkar)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Carilah rezeki pada perkara tersembunyi bawah bumi (tanaman))).
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, dan Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2489].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.