Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
التمِسُوا الرِّزْقَ بالنكاحِ.
Teks Bahasa Melayu
Carilah rezeki dengan perkahwinan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis no. 4753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: التمسوا الرزق بالنكاح. [الواحدي في الوسيط، فر، الضعيفة (2487)].
(Lemah) Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Carilah rezeki dengan perkahwinan. [Lihat al-Wahidi dalam al-Wasit, dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2487].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman