Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ابتَغُوا الرِّفْعَةَ عند اللهِ، قالوا: وما هي يا رسولَ اللهِ؟ قال : تَحْلُمُ عَمَّن جَهِل عليكَ، وتَصِلُ مَن قطعكَ، وتُعْطِي مَن حرمكَ.
Teks Bahasa Melayu
Carilah ketinggian di sisi Allah. Mereka bertanya: Apa maksudmu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Berlemah-lembutlah dengan mereka yang bersikap jahil kepada kamu, hubungkanlah ikatan (silaturrahim) dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan memberilah kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu."
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis no. 66. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أيوب - رضي الله عنه -، قال: وقف علينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم- فقال: ((ابتغوا الرفعة عند الله، قالوا: وما هي يا رسول الله؟ قال: تحلم عمن جهل عليك وتصل من قطعك وتعطي من حرمك)). [ابن شاهين، ((الضعيفة)) (1575)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Ayyub RA beliau berkata: Rasulullah SAW berhenti di hadapan kami lalu Baginda bersabda: Carilah ketinggian di sisi Allah. Mereka bertanya: Apa maksudmu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Berlemah-lembutlah dengan mereka yang bersikap jahil kepada kamu, hubungkanlah ikatan (silaturrahim) dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan memberilah kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu." [Riwayat Ibn Syahin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1575]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman