Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Carilah kebaikan sepanjang masa dan jadikanlah matlamat untuk mencapai anugerah Allah

Teks Bahasa Arab

اطلُبوا الخيرَ دَهْرَكُم كلَّهُ، وتعرَّضوا لنَفَحاتِ اللَّهِ، فإنَّ للَّهِ نفحاتٍ من رحمتِهِ، يُصيبُ بِها مَن يشاءُ من عبادِهِ، وسَلوه أن يستُرَ عوراتِكُم، وأن يؤمِّنَ روعاتِكُم.

Teks Bahasa Melayu

Carilah kebaikan sepanjang masa kalian dan jadikanlah matlamat untuk (mencapai) anugerah Allah kerana sesungguhnya Allah memiliki anugerah-anugerah rahmat-Nya. Dia memberikannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam kalangan hamba-Nya. Dan mintalah kepada-Nya agar Dia menutupi keaiban kamu serta supaya Dia memberikan keamanan terhadap ketakutan kamu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1440, hadis no. 7324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: اطلبوا الخير دهركم كله، وتعرضوا لنفحات الله، فإن لله نفحات من رحمته، يصيب بها من يشاء من عباده، وسلوه أن يستر عوراتكم، وأن يؤمن روعاتكم. [طب، القضاعي، هب، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، البغوي، ابن عبد البر، الكوكبي في ((مجلس من الأمالي))، ابن عساكر، عبد الغني المقدسي في ((الدعاء)) و((السنن))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، الرافعي، ((الضعيفة)) (2798)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Carilah kebaikan sepanjang masa kalian dan jadikanlah matlamat untuk (mencapai) anugerah Allah kerana sesungguhnya Allah memiliki anugerah-anugerah rahmat-Nya. Dia memberikannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam kalangan hamba-Nya. Dan mintalah kepada-Nya agar Dia menutupi keaiban kamu serta supaya Dia memberikan keamanan terhadap ketakutan kamu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān dan al-Asmā’ wa al-Ṣifāt, al-Baghawī dalam Sharḥ al-Sunnah, Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Tamhīd, Abū al-Faḍl al-Kaukabī dalam Majlis min al-Amālī, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, ‘Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam al-Du‘ā’ dan al-Sunan, al-Ḍiyā’ al-Maqdisī dalam al-Muntaqā min Masmū‘ātihi bi Marw, al-Rāfi‘ī dalam Tarikh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2798]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.