Dusta
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ابتغوا الخير عند حسان الوجوه.
Teks Bahasa Melayu
Carilah kebaikan pada (orang yang memiliki) wajah-wajah yang cantik.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 183, hadis no. 939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ابتغوا الخير عند حسان الوجوه)). [ابن أبي الدنيا في ((قضاء الحوائج))، الدارقطني في ((الأفراد))، عق، طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1585)]
(Dusta) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nsbi SAW): Carilah kebaikan pada (orang yang memiliki) wajah-wajah yang cantik. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qada’ al-Hawa’ij, al-Daraqutni dalam al-A'frad, al-Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1585]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman