Daif

30/06/2024

minit bacaan



Carilah kamu kejujuran (bercakap benar) sekali pun kamu melihat padanya terdapat kebinasaan, kerana sesungguhnya padanya terdapat keselamatan

Teks Bahasa Arab

تَحَرَّوُا الصِّدْقَ وإن رأيتم أن فيه الهَلَكةَ؛ فإن فيه النجاةَ.

Teks Bahasa Melayu

Carilah kamu kejujuran (bercakap benar) sekali pun kamu melihat padanya terdapat kebinasaan. Kerana sesungguhnya padanya terdapat keselamatan.

Sahabat Perawi

  1. Manṣūr bin al-Mu‘tamir

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis no. 226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن منصور بن المعتمر قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تحروا الصدق وإن رأيتم أن فيه الهلكة؛ فإن فيه النجاة)). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (3391)]

(Daif) Daripada Manṣūr ibn al-Mu‘tamir beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Carilah kamu kejujuran (bercakap benar) sekali pun kamu melihat padanya terdapat kebinasaan. Kerana sesungguhnya padanya terdapat keselamatan.)) [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3391].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.