Carilah kamu kejujuran (bercakap benar) sekali pun kamu melihat padanya terdapat kebinasaan, kerana sesungguhnya padanya terdapat keselamatan

TEKS BAHASA ARAB

تحروا الصدق وإن رأيتم أن فيه الهلكة؛ فإن فيه النجاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Carilah kamu kejujuran (bercakap benar) sekali pun kamu melihat padanya terdapat kebinasaan. Kerana sesungguhnya padanya terdapat keselamatan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis nombor 226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن منصور بن المعتمر قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تحروا الصدق وإن رأيتم أن فيه الهلكة؛ فإن فيه النجاة)). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (3391)]

(Lemah)
Daripada Manṣūr ibn al-Mu‘tamir beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Carilah kamu kejujuran (bercakap benar) sekali pun kamu melihat padanya terdapat kebinasaan. Kerana sesungguhnya padanya terdapat keselamatan.))
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3391].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs