Carilah jiran terlebih dahulu sebelum mencari rumah

TEKS BAHASA ARAB

الجار قبل الدار، والرفيق قبل الطريق، والزاد قبل الرحيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Carilah) jiran sebelum (mencari) rumah, (carilah) peneman sebelum mencari jalan, dan carilah bekalan sebelum memulakan perjalanan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis nombor 1053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الجار قبل الدار، والرفيق قبل الطريق، والزاد قبل الرحيل)). [الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (2675)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Carilah) jiran sebelum (mencari) rumah, (carilah) peneman sebelum mencari jalan, dan carilah bekalan sebelum memulakan perjalanan.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2675]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs