Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الجارُ قبل الدارِ، والرفيقُ قبلَ الطريقِ، والزادُ قبلَ الرحيلِ.
Teks Bahasa Melayu
(Carilah) jiran sebelum (mencari) rumah, (carilah) peneman sebelum mencari jalan, dan carilah bekalan sebelum memulakan perjalanan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis no. 1053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الجار قبل الدار، والرفيق قبل الطريق، والزاد قبل الرحيل)). [الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (2675)]
(Daif) Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Carilah) jiran sebelum (mencari) rumah, (carilah) peneman sebelum mencari jalan, dan carilah bekalan sebelum memulakan perjalanan. [Riwayat al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2675]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman